Monday, February 8, 2016

waktu tamrin adik2 2010

sebelumnak tamrin adik2 semua kakak2 dah kena jaga dalaman.

maksudnya bukan kena jaga makan ke apa. kena jaga ibadah dan hubungan dengan Allah.

kalau boleh usaha untuk tahajud dan solat hajat sebelum program nak berlangsung.

macam bateri yang perlu dicas.

masa ni tak kenal lagi power bank. kiranya macam power bank lah hubungan kita dengan Allah. agar aura iman tu dapat sikit sebanyak bantu perubahan dan tarbiyyah adik2.

salurkan aura tu pada adik2 sebagaimana tangan yang cuba pegang kuali panas. mestilah terasa bahangnya. gitu.

bila dekat dengan Allah semangatnya lebih kuat untuk bawa orang pada Allah.

First and foremost

Hidup ku dalam tulisan.

asyik terfikir nak buat buku but donno when.

terfikir sahaja memang takkan menggerakkan.

jadi sebelum dapat buat ayat panjang2. moga dapat tulis pendek2 pun jadilah.

sebab nak menulis. em. sebab sangat2 rindukan NZ dan tak mahu kenangan tarbiyyah tu terbang cenggitu je.

nak sangat2 terangkan kat orang lain betapa bestnya tarbiyyah tak kira kat mana kita dapat. well mungkin berbeza suasana. tapi nak tulis jugak supaya tak hilang semua yang dirasai. bahkan dapat membuat orang yang membaca merasainya sekali.

tribute kepada semua orang yang hadir dalam perjalanan tarbiyyah saya. luv you all. moga bertemu kembali di syurga.